Khazanah Zaman Jepun

N3 kali ni dibuat sempena nak menyambut Hari Kemerdekaan tak lama lagi.
Balik kampung last week,saya sempat ke sebuah kedai barangan logam. Keadaan kedai tu sangat lah klasik & uzur. Menurut tokey kedai tu, dia mewarisi perniagaan mendiang datuknya. Kedai tu wujud sejak sebelum merdeka lagi. Peralatan yg digunakan pun semua yg antik2. Memang tak nampak satu pun mesin moden dalam kedai tu.
Nak tau ape yg kita dapat????
BEKAS SIMPAN BIJI KOPI
(TEMBAGA)
Menurut apek tu, masa zaman jepun dulu, bekas yang diperbuat daripada tembaga ni digunakan untuk menyimpan biji kopi. Pelikkan..Rasa macam sesuai buat cash register je..Mcm type writer pun ade..hehehe...
Nanti nak gosok kasi kilat skit. Atau nak wat shabby2 pink kat dia...
Tengah fikir lagi ni...Rasa macam sayang nak hilangkan rupa asal dia..Ada sape2 blh bg idea/pendapat??
Saya juga ade beli 3-4 barang lagi. Semua dari zaman sebelum merdeka. Tapi belum berkesempatan nak ambil gambar. Antaranya, watering can gedabak. Rasanya kalau isi air sure saya x leh angkat. Watering can ni digunakan oleh pekebun2 cina zaman dulu2.
Yang paling buat saya x lelap tidur, ada satu penimbang antik dengan shape sangat2 klasik. Tapi dia takmo jual..saja tayang2 bg kita meleleh air liur je. Dia kata mende tu dia nak buat tarik nombor ekor..Haaa???????
Bentuk dia memang takkan dapat kita tengok zaman sekarang ni. Lupa pulak nak ambik gambar.